``º•.♥Jangan Terbuai Oleh Perasaan♥.•º``)
Sebagai kaum yang sentiasa dianggap lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai dan dihormati
Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani. Wanita yang kuat akan
selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama.
Dan dalam menjalankan apa saja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan perasaan dibandingkan logik akal.
Sebenarnya, kita perlu berfikir tentang baik buruknya suatu perkara
yang sedang dan akan berlangsung di hidup kita. Bila dikatakan hidup itu
rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara ini tidak selalunya
benar. Meskipun kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang
membuat kita down, namun jika kita berfikir dengan jauh, sebenarnya
Hidup ini terlalu singkat untuk dibuat rumit.
Ada perkara
dimana, kita harus berehat sejenak. Menghirup udara segar, sambil
memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan membuat beban
kita seolah – olah terlepas. Ada saja yang membuat perasaan kita gundah
gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya
.
Lebih –
lebih lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan. Banyak orang yang
memutuskan untuk “menghilang sejenak”. Wanita memang memerlukan
waktu-waktu tertentu untuk kita berehat sejenak. Menghindari dari segala
kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.
Saya hanya ingin menjalani sesuatu sesederhana mungkin dan tidak ingin
dibuai dengan perasaan, kerana saya merasa bahawa kaum wanita kadangkala
menjadi mangsa buaian perasaannya. Bukan tidak boleh untuk berangan,
tetapi janganlah berlebihan. Kerana sesuatu yang dilakukan secara
berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul kan?
Kita harus
memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang baik untuk
kehidupan kita. Kalau sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang
diperolehi adalah kecewa dan sakit hati yang ada pada diri. Padahal
banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat
penghargaan dari orang lain.
Percayalah bahawa keletihan,
kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui
semuanya. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu
dengan beruraian air mata. Tak mengapa,bukankah air mata dicipta untuk
mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di
dunia.
Kita perlu bijak mengawal perasaan kita, berfikiran
logik, dan tidak gelabah dalam bertindak. Apabila kita merasa harga
diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan berusaha
lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.
Jangan kau sia-sia kan waktumu..
Masih ada kesempatan jangan terlalu dibuai oleh perasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan