Ahad, 23 Februari 2014

Istimewa Untukmu



kehidupan adalah anugerah utama ilahi . Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesarannya buat kita manusia . Justeru itu , manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat .Sentiasalah kita beringat ,apa yang kita lakukan,akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari .
Gunakan sebaik-baiknya kurnia allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal ,hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.kita hidup hanya sekali .sekali ''pergi'' tak kan kembali . Buat baik berpada-pada ,dan jangan buat jahat .kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri,bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurniaan budi dan budaya . walaupun ,dunia terus maju dengan teknologi ,kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani .


pantun cinta

Bawa peti dari Melaka
Berisi pakaian si anak raja
Kalau hati sudahlah suka
Semua keadaan indah sahaja.



Rindu dendam keluh kesah
Seolah sembilu menusuk kalbu
Rinduku dalam hatiku resah
Terasa pilu tidak bertemu


Lalu dewata terbang melayang
Habis mati kera dan lontong
Siapa kata saya tak sayang
Penangan hati buah jantung

 
 Pak Kaduk menghisap candu
Peluh keringat jari kematu
Di mana duduk di situ merindu
Hanya teringat cinta yang satu



Budak-budak membuang dedak
Penuh setimba di celah batu
Berdua tidak, bertiga pun tidak
Kasih hamba hanyalah satu



Pokok selasih pokok bayam
Dalam kepuk buah berangan
Seorang kasih seorang sayang
Tidak bertepuk sebelah tangan



 Rama-rama selembut baldu
Bebas laksana layang-layang
Sama-sama menanggung rindu
Tidur tak lena makan tak kenyang




Walau bunga kembang setaman
Bunga mawar masih dipuja
Walau ramai menjadi teman
Dalam hatiku dinda sahaja




Pohon selasih tumbuh melata
Tumbuh diperdu pokok sena
Sepasang kekasih mabuk bercinta
Siang merindu malam merana



 Hujan basah habis basah
Sejuk mengeletar tidak mengapa
Sudah lama kita berpisah
Baru kini kita berjumpa




Budak sekolah berbekalkan susu
Pergi berkelah mengutip lokan
Mengapa adik diam membisu
Kalau salah harap maafkan




Tunduk malu tidak biasa
Bunga Melati jadi tumpuan
Sehari berlalu setahun terasa
Rindu di hati padamu puan




Pohon senduduk pohon sengkuang
Hinggap penyengat di dalam pasu
Di mana duduk terkenangkan tuan
Luluh semangat letih lesu




Tuan Puteri di atas biadak
Parasnya cantik gilang gemilang
Pesan tidak cakap pun tidak
Tiba-tiba sahaja menghilang




Dicelah tudung bunga terselit
Lembut gebu bunga seroja
Kasih tuan kasih dikulit
Tanam tebu dibibir sahaja



Tiada ulasan:

Catat Ulasan