Rabu, 19 Mac 2014



ISNIN ,17 MARCH 2014 

Assalammualaikum. Segmen hari ini adalah Gigi Besi & Braces. Tak sangka ramai yang beri respons terhadap entri pertama tentang segmen ini pada tahun lepas. Semalam eyla telah pergi ke klinik gigi untuk temujanji bersama doktor gigi untuk kali pertama. Nak tahu tentang temujanji Eyla bersama doktor gigi semalam? Baca kisahnya berikut ini..
 muka ketakutan .. hehehehe ..


 Semalam doktor dah cek gigi Eyla . Doktor kata eyla kena cabut gigi jugak .. hanya tuhan saja yang tahu bertapa sayangnye gigi eyla kena cabut . yang paling kelakar , doktor tngok gigi aq lama2 .. hehehehe !! 


maaf ye kawan2 ?? eyla xamik gambar acuan gigi ,, eyla malu nk tunjuk gigi2 eyla .. heheheh .. selesai buat acuan gigi, langkah seterusnya untuk x-ray muka pulak. Eyla kena
pergi klinik lain untuk buat x-ray . Nanti bila masa lapang. baru Eyla buat x-ray .Temujanji dengan doktor gigi yang baik hati . Seterusnya pada bulan depan untuk cabut gigi . sebenarnya seram tapi Eyla tawakal sahaja . Gara-gara nak gigi cantik . terima dengan hati yang terbuka . walaaa !!



Ahad, 23 Februari 2014

Istimewa Untukmu



kehidupan adalah anugerah utama ilahi . Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesarannya buat kita manusia . Justeru itu , manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat .Sentiasalah kita beringat ,apa yang kita lakukan,akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari .
Gunakan sebaik-baiknya kurnia allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal ,hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.kita hidup hanya sekali .sekali ''pergi'' tak kan kembali . Buat baik berpada-pada ,dan jangan buat jahat .kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri,bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurniaan budi dan budaya . walaupun ,dunia terus maju dengan teknologi ,kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani .


pantun cinta

Bawa peti dari Melaka
Berisi pakaian si anak raja
Kalau hati sudahlah suka
Semua keadaan indah sahaja.



Rindu dendam keluh kesah
Seolah sembilu menusuk kalbu
Rinduku dalam hatiku resah
Terasa pilu tidak bertemu


Lalu dewata terbang melayang
Habis mati kera dan lontong
Siapa kata saya tak sayang
Penangan hati buah jantung

 
 Pak Kaduk menghisap candu
Peluh keringat jari kematu
Di mana duduk di situ merindu
Hanya teringat cinta yang satu



Budak-budak membuang dedak
Penuh setimba di celah batu
Berdua tidak, bertiga pun tidak
Kasih hamba hanyalah satu



Pokok selasih pokok bayam
Dalam kepuk buah berangan
Seorang kasih seorang sayang
Tidak bertepuk sebelah tangan



 Rama-rama selembut baldu
Bebas laksana layang-layang
Sama-sama menanggung rindu
Tidur tak lena makan tak kenyang




Walau bunga kembang setaman
Bunga mawar masih dipuja
Walau ramai menjadi teman
Dalam hatiku dinda sahaja




Pohon selasih tumbuh melata
Tumbuh diperdu pokok sena
Sepasang kekasih mabuk bercinta
Siang merindu malam merana



 Hujan basah habis basah
Sejuk mengeletar tidak mengapa
Sudah lama kita berpisah
Baru kini kita berjumpa




Budak sekolah berbekalkan susu
Pergi berkelah mengutip lokan
Mengapa adik diam membisu
Kalau salah harap maafkan




Tunduk malu tidak biasa
Bunga Melati jadi tumpuan
Sehari berlalu setahun terasa
Rindu di hati padamu puan




Pohon senduduk pohon sengkuang
Hinggap penyengat di dalam pasu
Di mana duduk terkenangkan tuan
Luluh semangat letih lesu




Tuan Puteri di atas biadak
Parasnya cantik gilang gemilang
Pesan tidak cakap pun tidak
Tiba-tiba sahaja menghilang




Dicelah tudung bunga terselit
Lembut gebu bunga seroja
Kasih tuan kasih dikulit
Tanam tebu dibibir sahaja



Sabtu, 22 Februari 2014

Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati

`º○♥ Jangan tangisi yg telah pergi, meski dia hal terbaik yg pernah kamu miliki. Percayalah, Allah Subhanahu wa Ta'aala telah mempersiapkan yg lebih baik untukmu. Insya Allah..

Selamat malam dan selamat beristirahat.... 


``º•.♥Jangan Terbuai Oleh Perasaan♥.•º``)

Sebagai kaum yang sentiasa dianggap lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai dan dihormati
Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani. Wanita yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama.

Dan dalam menjalankan apa saja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan perasaan dibandingkan logik akal.

Sebenarnya, kita perlu berfikir tentang baik buruknya suatu perkara yang sedang dan akan berlangsung di hidup kita. Bila dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara ini tidak selalunya benar. Meskipun kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang membuat kita down, namun jika kita berfikir dengan jauh, sebenarnya Hidup ini terlalu singkat untuk dibuat rumit.

Ada perkara dimana, kita harus berehat sejenak. Menghirup udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan membuat beban kita seolah – olah terlepas. Ada saja yang membuat perasaan kita gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya
.

Lebih – lebih lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan. Banyak orang yang memutuskan untuk “menghilang sejenak”. Wanita memang memerlukan waktu-waktu tertentu untuk kita berehat sejenak. Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.

Saya hanya ingin menjalani sesuatu sesederhana mungkin dan tidak ingin dibuai dengan perasaan, kerana saya merasa bahawa kaum wanita kadangkala menjadi mangsa buaian perasaannya. Bukan tidak boleh untuk berangan, tetapi janganlah berlebihan. Kerana sesuatu yang dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul kan?

Kita harus memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang baik untuk kehidupan kita. Kalau sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit hati yang ada pada diri. Padahal banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.

Percayalah bahawa keletihan, kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui semuanya. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan beruraian air mata. Tak mengapa,bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.

Kita perlu bijak mengawal perasaan kita, berfikiran logik, dan tidak gelabah dalam bertindak. Apabila kita merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.

Jangan kau sia-sia kan waktumu..
Masih ada kesempatan jangan terlalu dibuai oleh perasaan.

Jumaat, 21 Februari 2014

cerita suka duka bersama

kenangan bersama kawan2









BLOG MENGISAHKAN CINTA ..
 


Cinta yang kau dambakan cinta itulah yg aku rindukan rasa kasih sayang yang ada di hatimu itulah aku seorang lelaki merindukan moga itu bukan permainan bahasa indahmu moga itu adalah kejujuran nalurimu

Andai ada ruang untuk insan seperti aku terlalu ingin aku menyentuhi jiwa tulusmu

 Sayanglah mawar putih yg ku cari-cari subur indah di halaman pagi bicaramu buat bergetar setiap denyut nadi kalbu lelakiku syahdu menanti sekali sayang kata sudi berjuta kali aku telah sudi

 Dengan sesangat gembira hati selamat hadir di kamar rinduku diamilah penuh kerelaan peluklah cintaku sekuat cintamu kerana telah lama aku memeluk cintamu sedangkan sayang tidak memahami

 Detik percintaan ini tiada lagi malam yg sunyi tiada lagi embun yg sepi bayu pasti bertiup membawa berjuta wangi siang yg kepanasan tidak lagi gersang kita terus bersama dalam indah asmara

Dunia akan tersenyum melihat kita sebuah percintaan bahagia kita cipta dari kejujuran seorang lelaki dan seorang wanita

 Mawar putih yg ku temui bahagialah jiwa mu hingga kehujung hari akan ku jaga akan ku belai sepenuh hati .
 
sumber dari : shilanur93.blogsopt.com